
السلام عليكم
Siapa kita untuk menidakkan tarikh ajal maut yang sudah pasti?
Siapa kita untuk menafikan tarikh kematian kita yang tidak diketahui?
Siapa kita untuk menunda hari, tarikh dan masa kita dipanggil oleh Pencipta?
Siapa kita untuk menolak jemputan dari Malaikat Izrail?
Siapa kita untuk melarikan diri dari meninggalkan dunia sedangkan maut sentiasa mengekori dari belakang?
Kita....
adalah hamba kerdil yang lagi hina disisi Pencipta
yang tidak mampu untuk mengelak dari kematian...
yang tidak mampu menggeleng kepala disaat Malaikat Izrail datang untuk mencabut nyawa...
yang tidak mampu untuk mengatakan tidak ketika ajal sudah tiba...
yang tidak mampu untuk memanjangkan umur walau sesaat sekalipun...
yang tidak mampu berbuat apa-apa setelah kematian menghampiri...
Entri ni aku buat setelah aku mendapat khabar berita bahawa salah seorang pelajar lelaki tahun ke-2 jurusan KENMS,UIAM Gombak telah meninggal dunia pada hari ini akibat kemalangan,
23.Feb.2013 pada Zuhur tadi.
.....إنا للّه و إنا إليه راجعون
Ya Allah, perjalanan hidupnya masih jauh dan umurnya masih muda untuk Engkau ambil nyawanya ketika ini.
Namun, siapalah kita untuk menolak ketentuan dariMu ini.
Semoga arwah ditempatkan bersama-sama para solihin.
Jadi kita yang masih hidup ini jangan sia-siakan nikmat sihat, muda, lapang, untuk beribadat kepadaNya sebagai bekalan diakhirat nanti.
In sya Allah.
وسلام
Labels: ajal maut, kemalangan, kematian, pelajar UIAM
