Let me be me!
Edited  by Yura
Basecode : Afiqah Junizan
Owner : Big Boss(imannuraddin)
ABOUT POST LOVE HISTORY
Allah sayang saya :)

السلام عليكم

Bismillah...
Sweet kan tajuk entry kali ni??? 
Like i love you, you love me gitewww!
Cehhh ceehhh

Atceli...
aku sengaja tulis tajuk macam tu sebab nak sedapkan hati yang gundah gulana ni.
Hati yang sedang diceroboh oleh masalah.
Hati yang sedang diserang dengan askar kesedihan.
Hati yang sedang diuji oleh Penciptanya.
Ya!
Hati ini sedang diuji!
Untuk mengetahui sejauh manakah 
rasa cinta dan sayang ini kepada Kekasih Teragungnya 
Rabbul Izzati.

Bukan aku tidak mahu diuji atau diduga...
namun aku merasakan diri terlalu lemah 
untuk menerima ujian dariMu, Ya Allah...

Aku merasakan bahawa diri ini tidak cukup kuat dan kental 
dalam mengharungi setiap dugaan dan cabaran yang disediakan olehMu, Ya Rahman...


Ya Allah...
kuatkanlah diri ini dalam menempuh setiap ujian dariMu.
Aku tahu Engkau tidak akan menguji hambaMu 
melainkan apa yang termampu oleh hambaMu.

Bukankah orang yang beriman itu adalah 
hambaNya yang sentiasa diuji?
Sedangkan Nabi Muhammad s.a.w yang maksum itu selalu diuji...
inikan pula diri ini yang hina lagi kerdil disisiMU.

“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.” Surah Al-Ankabut ayat 2-3.

Ya!
Aku tidak perlu mengeluh dengan setiap masalah 
yang kau datangkan untukku.
Aku sepatutnya berbangga kerana dapat diuji olehMu
kerana aku yakin bahawa 
Engkau amat meyayangi hambaMu ini.
Allah sayang saya.
Alhamdulillah :)

Dan Allah lebih mengetahui bahawa saya mampu untuk 
menghadapi segala ujian dariNya.
Insya Allah.
Semoga diri ini kuat untuk menghadapinya.


وسلام

Labels: , ,