
السلام عليكم
Salam semua...seperti yang dijanjikan pada entry lepas, kat sini iman nak share kelebihan dan maksud DOA AKHIR TAHUN dengan sahabat2 semua...
KELEBIHAN DOA AKHIR TAHUN
Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu.
MAKSUD DOA AKHIR TAHUN
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli
keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai
Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang
Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya.
Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya
di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau
mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu
semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan
tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan
Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon
kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan
wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah
Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah
berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan
sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Sahabat2 sekalian jgn lupa baca yer!
وسلام
Labels: Doa akhir tahun, Kelebihan, maksud
