Let me be me!
Edited  by Yura
Basecode : Afiqah Junizan
Owner : Big Boss(imannuraddin)
ABOUT POST LOVE HISTORY
Kelebihan dan Maksud Doa Awal Tahun


السلام عليكم

Salam semua...harap korang sihat2 belaka.....baiklah for this entry, iman nak share plak KELEBIHAN DAN MAKSUD DOA AWAL TAHUN...

KELEBIHAN DOA AWAL TAHUN

Barangsiapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat sunat selepas Maghrib pada malam tanggal ! Muharram,Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang mendatang.

MAKSUD DOA AWAL TAHUN


Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan 
kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan 
sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Semoga kita akan menjadi lebih baik dari semalam....insya-Allah =)

وسلام















Labels: , ,