Let me be me!
Edited  by Yura
Basecode : Afiqah Junizan
Owner : Big Boss(imannuraddin)
ABOUT POST LOVE HISTORY
[Usrah Genius] Taman Layang-layang...Jogging & Usrah #2

السلام عليكم

Malam nie, aku nak sambung pasal part 2,
aku berserta ahli usrah ke Taman Layang-Layang!

Kat sini, 
aku just na share ngan korang apa yang telah kitorang buat kat sana.
Jeng jeng jeng....
Let's check out,baby!

Tapi, 
sebelum tu...
marilah kita memuji kebesaran kepada Ilahi kerana telah menciptakan alam yang begitu indah sekali.
Subhanallah....




Cantikkan pemandangannya???
Dan...
inilah perkara yang telah kami lakukan!

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*







Yes!!!
We did it!
Solat sunat dhuha at Taman Layang-Layang!

Kat sini, aku bukan nak bangga or nak tunjuk riak kat korang...
tapi kat sini aku nak bagitahu kat korang bahawa Islam itu adalah agama yang sangat indah dam mudah.
Kat mana-mana tempat sahaja, kite boleh solat, 
asalkan kita yakin bahawa tempat itu bersih dari segala kotoran atan najis.

Sebelum kami solat, sudah semestinya kami perlu berwudhuk dahulu.
Tapi....korang jangan salah faham plak.
Kami bukan berwudhuk pakai air tasik tu...tapi,
kami berwudhuk guna air paip yang telah dibawa khas oleh akak usrah aku untuk kami gunakan sebagai wudhuk.
Alhamdulillah...air paip yang lebih kurang 1.5 liter itu, cukup untuk kami bertiga guna sebagai wudhuk.

Pengalaman aku sendiri bila dapat solat bersejadahkan rumput itu...sangat mengagumkan!
Amazing!Subhanallah!Allahuakbar!Masya-Allah...
Memang tak terkata betapa indahnya disaat dahi ini mencecahkan rumput yang masih bermandikan embun pagi.
Aku dapat merasakan bahawa betapa kerdilnya diri ini dihadapan Pencipta, Yang Maha Agung.
Mase sujud tu...seolah-olah ade tarikan magnet dan 'chemistry' antara dahi aku dengan tanah.
Rase nak melekat je kat situ.
Rase nak terus sujud jer.
Bile aku tanye pada akak usrah aku...
"Nape ea, kite rase macam dekat sangat dengan tanah?Rase tak nak bangun2 dari sujud tu!"

Akak usrah aku jawab:
"Sebab kita diciptakan daripada tanah dan suatu hari nanti, kita jugak akan kembali kepada tanah, sebab itu lah kite merasakan diri kite nie sangat erat dan rapat dengan tanah."

Terus aku berdoa agar,suatu hari nanti...tanah akan menerima jasadku.
Insya-Allah...

Itulah pertama kali, aku solat beralaskan sejadah semulajadi..
kalau sebelum nie, solat alaskan sejadah,
pastu plak sejadah tu dihampar atas permaidani plak.
Bile sujud tenggelam terus dahi!

Alhamdulillah...selesai kami menunaikan solat sunat dhuha, maka kami kembali ke sesi tazkirah plak.
Beri tazkirah sambil maen permainan kat situ.
Dalam sesi tazkirah nie...
kami berbicara tentang...
bagaimana untuk kami tingkatkan iman yang sedia ada dalam diri ini?
bagaimana untuk menegur kawan yang berbuat salah tanpa menyakiti hatinya.
Kami mengibaratkan diri ini sebagai sepohon pokok. (Analogi sepohon dengan diri kita.)
Dan macam-macam lagilah.


Around pukul 10 pagi camtu,
maka kami pun bertolak pulang ke universiti.
Sebelum pulang, kitorang sempat beli nasi lemak untuk sarapan.


Dan sebelum pulang ke mahallah masing-masing,
kitorang sempat menziarahi dua orang ahli usrah kami yang tidak dapat join sama.

Akhir sekali,
aku harap aku akan dapat terus join program-program usrah ini.
Insya-Allah....

وسلام