
السلام عليكم
Awak taw tak???
Tadikan, lebih kurang sejam yang lepas, kat tempat kita hujan.
Lebat sangat.
Camne hah!

Dengan angin plak tu...

Berserta guruh dan kilat dan petir tau!

Kita takut sangat taw!
Masa dalam kelas kita dah perasan, langit macam pelik jer.
I mean mendung dan gelap.
Kita terus berdoa dalam hati...
"Ya Allah, Engkau turunkanlah hujan selepas aku sampai ke bilik.Tolong jangan hujan sekarang."
Kita doa macam tu sebab kita tak bawak payung.
Eh, bukan tak bawak tapi...
payung kita hilang.
Kita tak ingat letak kat mana.
=__________________="
Alhamdulillah...sampai jer kita kat bilik.
Hujan turun dengan lebat.
Memang lebat sangat sangat.
Angin pun kencang giler.
Dengan bunyi guruh yang kuat plak tu.
Takut kita tau!
Dah la masa tu sorang-sorang jer kat bilik.
Terus on semua lampu dalam bilik.
Lampu bilik, lampu meja, lampu kat ruang tamu.
Semua kita bukak.
Sebab nak bagi hilang takut sikit!
Ye lah....kat luar kan gelap.
Gelap macam malam.
Huhu
Setelah hampir sejam hujan turun, akhirnya hujan pun berhenti.
Tapi bunyi guruh still de lagi.
Even tak kuat dan tak seram tapi kita masih dengar dan masih takut. :|
Tapi...
masa kita sedang menaip ni,
Alhamdulillah...
hujan + angin + guruh dah xde.
Syukur sangat-sangat.
Hilang terus rasa takut dalam hati jantung limpa nih!
Hehehehe :)
Oh ya, kesan dari hujan yang teramat lebat tadi kan,
macam-macam berlaku.
Dengan angin kencang, erm mungkin dah sampai tahap ribut kot!
Bunyi guruh yang boleh menggoncang dunia.
Pokok tumbang sana sini.
Black out!
Dan yang paling kesian bila ada yang biliknya banjir sebab atap bocor.
Hehe
Ni dia, yang telah berlaku masa hujan tadi.
Kesian dan seram sangat!
Teruk kan?
Sampai jatuh motor.
Pecah cermin kereta.
Alhamdulillah, so far...tiada lah sampai kehilangan nyawa.
Semua okay dan selamat cuma....
Pokok-pokok, kereta dan motorsikal jer yang tak selamat.
Itu semua nenunjukkan betapa hebatnya kuasa Allah.
Allah nak bagitahu yang kita ni cuma hambaNYA yang lemah.
Sudah pasti kita tak kan mampu melawan kekuasaanNYA.
Apa yang kita mampu hanyalah dengan berdoa kepadaNYA.
Mohon agar dijauhkan dari segala bala bencana.
Amin!
وسلام

