Let me be me!
Edited  by Yura
Basecode : Afiqah Junizan
Owner : Big Boss(imannuraddin)
ABOUT POST LOVE HISTORY
Ada beza ke?

السلام عليكم

"Ehem!"

Aku menoleh.
Seorang gadis muslimah ayu berbaju kurung berdehem kepadaku.
Aku hanya sekadar senyum.

"Dia kenal aku kah?"
Bisik hati ini.

Aku memandang kearahnya lagi.
Kami bersama-sama seiring berjalan menuju ke kelas.

"Budak kelas aku ke?"
Tapi soalan itu hanya mampu didengari oleh otak ku sahaja.
Tak terkeluar dari mulut ini.
Entah mengapa.
Aku tidak tahu.

"Panas kan hari ni."
Dia membuka mulut.
Halus suaranya.

Aku sekadar mengangguk sambil tersenyum.

"Awak pakai jubah hitam ni tak panas ke?"
Dia menyoalku.

Tersentak aku buat seketika.

Aku menoleh kearahnya sekali lagi.
Mataku turun naik.
Memandangnya dari atas sampai bawah.
Dari hujung kepala sehingga hujung kaki.
Aku pelik.
Hairan.
Kenapa dia bertanyakan aku soalan seperti itu?

Apakah dia tidak sedar?
Bahawa dia turut berpakaian hitam.
Sepasang baju kurung hitam yang dihiasi dengan bunga-bunga kecil berwarna putih.
Serta bertudung bawal hitam.

Aku memandang diriku.
Yup, benar!
Aku berjubah hitam.
Tapi tudung aku putih.


"Ada beza ke antara saya dengan awak?"
Tegas soalan aku.
Tapi sekali lagi hanya mindaku sahaja yang mendengar.

Soalannya yang sedari tadi tidak dijawab,
aku balas dengan senyuman.

Malas aku untuk bertekak lidah.
Itu bukan aku.
Aku takut.
Panas terik diluar akan turut sama dirasai di dalam.
Biarlah...
Biarlah senyuman sahaja yang menjawabnya.
Lagipun, dia sungguh aku tidak kenal.

Sampai dipersimpangan,
kami membelok ke arah tujuan masing-masing.
Aku ke kanan
Dia ke kiri.
Sekali lagi hanya senyuman yang menghantar perpisahan kami.

وسلام