
السلام عليكم
Booth?
Actually it was happened two weeks ago.
Dah ade dalam draft kan, so publish jer lah.
Walaupun dah agak basi, aku sure korang tak muntah punya.
Trust me!
"Awak join Maruf club kan?"
Someone was asked me!
"Yup.Nape?"
"Nak mintak tolong boleh?"
"Mintak tolong?Apa dia?"
"Nak mintak tolong awak teman kita jaga booth.Boleh tak?"
"Jaga booth?Errr..."
Serba salah aku dibuatnya.
Bukan tak nak tolong tapi aku memang tak pernah jaga booth nie.
"Awak kan ahli Maruf Club.Kite na buat program under Maruf Club dan kena bukak booth untuk promote program nie."
Senyap.
Mampukah aku?
Jaga booth.
Kena duduk kat booth.
Promote.
Edar handbills.
Argggghhhh!
Aku tak pandai semua tu.
Sreiously aku tak reti.
"Nanti awak send jadual class awak ea!Senang kite nak arrange masa untuk jaga booth nanti."
Dia bersuara lagi.Nada simpati tapi bersungguh-sungguh!
"Insya-Allah!"
Aku membalas pendek.
Sebenarnya tidak mahu meletakkan harapan tinggi kepadanya.
Kalau tidak jadi nanti macam mana?
Sudah tentu aku yang akan dipersalahkan.
Lantas perkara ini, aku kongsikan kepada rakanku yang lain.
Yang sudah lali dengan perkara sebegini.
Yang sudah arif dengan booth.
Yang sudah mesra dengan program.
"Jaga booth? Baguslah. Ambil peluang! Bukan senang nak dapat taw!"
Ujar yang arif itu.
"Tapi saya bukan pandai cakap pun."Aku cuba mengelak.
Takut dan risau menguasai.
Sungguh!
"Bukan kena berucap pun.Just cakap "Jemput datang yer.""
Dia mengajuk lembut.
Seperti sedang berada di booth.
Aku tersenyum.
Insya-Allah aku mampu.
Allah tak kan menyusahkan hambaNYA dengan perkara yang hambaNYA tak mampu lakukan.
Aku pegang kata-kata itu.
Bila lagi aku nak rebut peluang ini kan?
Inilah masanya.
Hari Pertama.
Cuak.
Takut.
Risau.
Berdebar-debar.
Semua itu menguasai diriku.
Mana taknnya, kena jaga booth di laluan utama orang ramai.
Kalau tersorok sikit tak pelah jugak!
-_______________-"
Dasar tak sedar diri.
"Kita kena buat apa ni?"Soalku bersemangat!
"Nah awak amek nie.Edar kat orang yang lalu."
Segenggam handbills dihulurkan kepadaku.
Hari kedua.
Aku keseorangan.
Yang lain semua ke kelas.
Rasa takut dan risau masih ada namun tidak lah setakut dan serisau seperti hari pertama semalam.
Hari ni takut sebab aku sorang.
Kang tetibe ramai yang datang serbu camne?
Tak ke kesian kat aku nanti.
Ayat perasan!
Namun everything going smoothly...
Alhamdulillah.
Bangga kerana mampu melaksanakan tanggungjawab walaupun seorang diri.
Sebab Allah itu ada bersama saya!
Hari ketiga.
Hari nie aku tidak keseorangan lagi.
Dua orang puteri setia disisiku.
Kanan dan kiri.
Masing-masing sibuk mengedar handbills.
Aku?
Aku rilek-rilek sahaja di meja.
Hehehe :)
Tapi, aku kembali keseorangan selepas itu.
Dua orang puteri tadi pergi meninggalkanku.
Mahu tampal poster kata mereka.
Disuruhnya aku menjaga booth.
Aku akur.
Sedang asyik aku mengedar handbills...tetibe,
seorang lelaki datang.
Menjenguk-jenguk ke arah booth aku.
Teragak-agak diri ni untuk bertanya.
"Jaga seorang ker?"Soalnya.
"Yup.Awak nak daftar ker?" Aku membalas ringkas.
"Eh, bukan nak daftar.Saya committelah."Ujarnya sambil tersenyum sumbing.
Lantas beg galasnya diletakkan atas kerusi kosong sebelahku.
Hanya Allah jer yang tahu perasaan aku ketika itu.
Mahu saja membalas senyuman itu dengan tapak kasut.
Hari keempat.
Tinggal lagi dua hari sahaja program akan berlangsung.
Namun jumlah pendaftaran yang dibuat masih belum mencapai target.
Bermacam-macam inisiatif kami buat.
Gantung poster di port-port panas.
Edar handbills di dalam kelas.
Promote.
Namun yang paling menguji kesabaran aku ialah apabila aku menghulurkan handbills tapi tidak disambut.Tidak diambil.Hanya jelingan sahaja yang menyambutnya.
Mungkin itu balasan Allah.
Kerana aku pun pernah berbuat sedemikian.
Jika orang lain menhulurkan handbills aku buat tak tahu sahaja.
Sekarang aku sudah rasa perasaan itu.
Sakitlah jugak!
Akhir sekali.
Setiap pengalaman adalah guru bagi kita.
Yang baik jadikan sempadan!
Rebutlah peluang ketika diberi ruang dan peluang.
Jangan sia-siakan!
وسلام

