Let me be me!
Edited  by Yura
Basecode : Afiqah Junizan
Owner : Big Boss(imannuraddin)
ABOUT POST LOVE HISTORY
Nama orang tua???


السلام عليكم


"Ya Allah...comelnya baby nie! Macam ayah dia."
Aku memuji sambil mengelus lembut pipi bayi lelaki tersebut.
Umurnya baru sahaja berusia tujuh hari.
Sangat muda!

"Nama apa nie?"
Sepupuku bertanya.

"Abdul Rahman."
Jawab ibu kepada bayi tersebut.

"Abdul Rahman?Subhanallah...cantiknya nama! Macam tuannya.Abdul Rahman~~~"
Aku memuji lagi sambil memanggil namanya lembut.
Lantas dia membuka matanya yang sepet itu.
Mulut kecilnya melemparkan senyuman.
Dia mendengar.
Namanya sedang dipanggil.
Dia gembira.
Ada orang sedang memujinya.
Bijak sungguh bayi ini!
Geram sungguh aku bila melihatnya.

Selesai menziarahi, kami mengundur diri.
Ketika dalam kereta, masing-masing tak henti memuji bayi tersebut.
Puji, memuji dan terus memuji.

"Matanya sepet sangatlah, macam anak cina."
"Mestilah, tengok ayahnya la!Kan muka macam cina."
"Rambut dia lebat giler.Hitam pekat!"
"Mulut dia kecik jer.Comel!"
"Baru tujuh hari tapi tembam giler."

Namun...suatu yang tak aku sangka berlaku.
Dalam kami gembira memuji...adanya yang mengeji.
Kesabaran aku teruji.

"Tapi, nama baby tu tak sesuai lah!"

Aku tersentak!

"Tak sesuai?"
Keras aku bertanya.

"Yelah, baby comel...tapi nama Abdul Rahman, macam nama orang tua jer."

Astaghfirullah.
Aku beristighfar.
Aku menggeleng kepala.

Tergamak dia menghina nama yang cukup mulia itu.
Tidak tahukah dia, bahawa Arrahman itu salah satu daripada nama-nama Allah.
Yang Maha Pemurah maksudnya.
Abdul Rahman.
Hamba yang pemurah.

"Sesuailah!Maksudnya pun cantik!"
Aku bertegas.

"Kalau nie zaman dulu-dulu, bolehlah nak letak nama tu.
Tapi masalahnya sekarang, nie zaman alaf 21.
Orang dah tak letak nama-nama macam tu.
Macam orang tua jer namanya.Cuba bayangkan, nanti bila dia pergi sekolah.
Cikgu tanya, awak nama apa? Nama saya Abdul Rahman.
Eeeiiii, tak sesuailah!Kesian.
Mak ayah dia tak tahu ke yang sekarang nie orang dah tak pakai nama macam tu lagi.
Sekarang ni zaman Danish, Rayyan.
Rayyan Danish barulah sesuai dengan zaman sekarang!"
Panjang lebar dia menjelaskan kenapa dia tidak suka kepada nama itu.

"Awak tau tak! Abdul Rahman tu adalah antara nama yang Allah suka tau! 
Mungkin bagi awak tak sesuai ketika dia masih kecil, 
tapi manusia nie bukan semakin muda tapi semakin tua. 
Takkan nanti dah tua, nama datuk saya Rayyan Danish. Macam pelik jer." 
Aku membalas balik. Serius!

"Alah...tak peliklah,sebab 50 60 tahun akan datang, 
nama-nama nilah yang akan jadi datuk!" 
Dia masih mahu berkeras mempertahankan pendapatnya.

Aku senyap.
Malas aku menbidas balik.
Takut nanti peluru aku akan membunuhnya.
Aku faham.
Dia masih kurang dalam didikan agama.
Aku hanay mampu berdoa, agar suatu hari dia akan mengerti.
Insya-Allah...

Sedikit perkongsian: 

Islam menganjurkan pemilihan nama yang baik, 
kerana ia lambang identiti seseorang dan nama itulah ia akan dikenali sepanjang hayat 
dan menjadi sebutan sampai ke hari akhirat. 
Apabila orang memanggilnya dengan nama tersebut, 
maka pada sepanjang hayatnya, mereka seolah-olah berdoa untuk anak tersebut.

Seorang Muslim wajib percaya kepada hari kebangkitan dan perlu mengakui bahawa nama yang diberikan kepada anak di dunia akan kekal digunakan di akhirat.


Abu Darda ada meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إنَّكُمْ تُدْعَوْنَ يَوْمَ القِيامَةِ بأسْمائكُمْ وأسماءِ آبائِكُمْ فأحْسِنُوا أسْماءَكُمْ

“Sesungguhnya kamu akan diseru/dipanggil pada hari Kiamat nanti dengan nama-nama kamu dan juga nama bapa-bapa kamu, maka perelokkanlah nama-nama kamu.” (Riwayat Imam Abu Daud dari Abu Dardak r.a.)


إنَّ أحَبَّ أسْمائكُمْ إلى اللّه عَزَّ وَجَلَّ عَبْدُ اللّه، وَعَبْدُ الرَّحْمَنِ

“Sesungguhnya nama yang paling disukai oleh Allah dari nama-nama kamu ialah Abdullah dan Abdurrahman.” (Riwayat Imam Muslim dari Abdullah bin Umar r.a.)

تَسَمَّوا بأسْماءِ الأنْبِياءِ، وَأحَبُّ الأسْماءِ إلى اللّه تَعالى عَبْدُ اللّه وَعَبْدُ الرَّحْمَن، وأصْدَقُها: حَارِثٌ وَهمَّامٌ، وأقْبَحُها: حَرْبٌ وَمُرَّةُ

“Berilah nama dengan nama-nama para Nabi. Nama yang paling disukai oleh Allah ialah Abdullah dan Abdurrahman. Nama yang paling tepat (dengan hakikat manusia) ialah Harith dan Hammam, dan nama yang paling buruk ialah Harb dan Murrah.” (Riwayat Abu Daud, an-Nasai dan lain-lain dari Abi Wahb al-Jusyami r.a.)



وسلام