Let me be me!
Edited  by Yura
Basecode : Afiqah Junizan
Owner : Big Boss(imannuraddin)
ABOUT POST LOVE HISTORY
Anthem!


السلام عليكم


Everyday has a past. Everybody lives a present. And everybody deserves a future.
Alhamdulillah.
Setelah sekian lama aku menanti, akhirnya aku dapat jugak novel nie.
Paling gembira bile aku dapat as a birthday present.
Maklumlah, the June is a month of my birth.
Berapa hari bulan?
8th of June.
Kalau sesape nak bagi hadiah tu, tak payah nak buat muka malu-malu kucing plak!
Hahaha XD 
Masing-masing dah muka cuak.
Aku gurau je lah~~~

Okay, back to the story.
Macam aku cakap tadi, aku dapat novel sebagai birthday present.
*baru dua kali ulang k!
Perasaan masa terima novel nie, ya Allah...hanya Allah yang maha mengetahui.
Kembang kempis jer hidung nie.
Aku tak taw lah, si dear tu perasan ke tak?
Tapi aku rasa aku dah sehabes mungkin control ayu dan comey.
Hahaha XD

Oh ya, lupa plak nak ucap selautan dan segunung Everest terima kasih 
kepada awak yang sudi hadiahkan Anthem kepada saya.
Sayang awak sangat-sangat!
Eh...berawak saya plak.
*tunjal dahi*

Kenapa aku nak sangat atau suka sangat ngan novel nie?
Sebab...aku suka sangat ngan Hlovate!
Maksud aku...aku suka gaya tulisan dan bahasa yang dia sampaikan.
Even, ayatnya sempoi macam mamat hensem pegi pavi pakai kain pelikat
tapi kekadang...boleh tersentap hati jantung limpa aku dengan ayat-ayat dia taw!
Cara dia tegur seseorang melalui ayat tu, sangat menusuk kalbu.
Tersentap habesss wei.
Kekadang aku rasa, watak-watak yang dia bawak dalam novelnya...
it was me!
Fuh~~~ 
*kesat peluh*

Memang aku salute lah ngan si Hlovate nie.
Walau dalam hati nie selalu tertanya-tanya, siapa kau sebenarnya hah???
Kenapa novel kau best sangat tahap durian crepe hah???
LOL!
Mampus aku, kalau Hlovate baca nie!
*harapanpalsulah,hlovatenakbacablogburukakunieh!
-_____________________________-'

Novel Anthem nie pasal apa?
Atceli...aku tak baca lagi pun novel nie, 
even ianya sudah berada kemas dan erat di genggaman tanganku.
Sebab...sekarang nie musim exam! :(
Lagipun, aku dah buat perjanjian ngan dia.
Takkan baca novel nie sehingga aku habes exam.
Kang tak pasal-pasal novel aku kena tarik balik sebab langgar perjanjian.
Maklumah...aku kan setia ngan sebarang perjanjian k!
So, korang jangan main-main ngan aku.
Kalau bab janji-janji nie...aku setia dan patuh!
Cewah~~~

Dah! Dah masuk bakul angkut sendiri.
Cuba malu sikit.
Okay, mak!
Ehhhh....

Kesian korang...dari tadi duk tunggu aku jawab soalan tapi tak terjawab-jawab lagi.
Baiklah, sayang-sayangku semua...
cerrr korang try cuba scroll kat atas jap.
Nak tak qoute kat atas tu?
After the picture!
Nampak tak? 
Qoute kat atas tu...boleh dikatakan tagline atau tema kepada novel nie lah.
Aku rasa korang semua faham maksud tu kan?

Based on apa yang aku taw sikit-sikitlah...
semua orang layak untuk masa depan.
Contohnya...seteruk mana pun perangai seseorang tu pada masa dulu,
tak bermaksud dia akan terus menjadi teruk pada masa akan datang.
Mana taw...sejarah silam seseorang akan jadi masa depan kita.

Every soul has a past
         Every soul lives a present 
And every soul deserves a future
        No judging on one's past
because it might be your future. 
Korang faham kan?
Mase aku baca nie, pergh~~~ tersentap sentap sentap habes!
Macam kena libas ngan parang!
Sebab...aku rasa perangai aku macam...macam...
okay tak nak cakap!

Apa pun, jangan menilai seseorang tu sebab masa silamnya.
Kalau dia nak berubah...berilah peluang dan ruang!
Kerana semua orang layak untuk menempuhi masa akan datang.
Jangan ingat sebab kita baik sekarang, kita akan selamanya akan jadi baik.
Dan jangan ingat, orang jahat sekarang akan terus jadi jahat selamanya.
Ingatlah dan sedarlah...segala percaturan di dunia ini milik ALLAH s.w.t.
Hanya Dia yang mengetahui bagaimana kita pada masa hadapan.
Aku doakan, agar masa akan datang kita semua akan jadi lebih baik dari dulu dan kini.
Insya-Allah. 

Senyum.

Lastly, lets the pictures speak out.


 


وسلام