Let me be me!
Edited  by Yura
Basecode : Afiqah Junizan
Owner : Big Boss(imannuraddin)
ABOUT POST LOVE HISTORY
Paper Exam!

السلام عليكم


Tajuk entry, paper exam tapi letak gambar bunga.
Apa motip??? Apa kaitan bunga ngan paper exam???

Okay...okay...sabar dulu.
Tarik nafas pepanjang! Hembus perlahan-lahan!
Jangan duk gelojoh sangat. Nanti tercekik biji durian.
Aik...biji durian plak?

Hahaha XD
Kesian korang. Mesti korang pening kan?
Motip aku letak gambar bunga tu...saje-saje jer!
Ntah la...bile aku tengok gambar tu rase macam tenang, aman, dan damai disana jer.
Cantik kan? kan? kan?

Jadi motip utama kes bunga itu sebenarnya diletakkan 
amboih ayat~~~ macam kes pembunuhan jer! -.-'
adalah untuk menenangkan jiwa dan minda korang!

Sebab....aku akan cerita pasal exam lagi.
Exam! Exam! Exam!
Tak habis-habis kan? 
Dah sekarang nie musim exam, so aku cerita lah pasal exam, 
takkan aku nak cerita pasal kelebihan bulan puasa plak??? 
Atau nak cerita pasal syarat sah haji???

Analogi mudahnya:
Korang tengah tengok perlawanan bola antara Kelantan dengan Johor, 
mase tengah duk kutuk pihak lawan, puji keeper, cemuh Refree tetibe ada 
salah sorang cakap, "Eh, pesal harga gula dah naik melambung hah?"
-_______________________________-"

Korang fahamkan analogi aku?
Cehhh~~~ dah pandai ber"analogi" minah nie.
Tak payah nak puji sangat la wey!
Nak ke kena baling lesung ker?

Kembali ke cerita asal.
Sekarang ni kan, aku tengah exam...
Bukan exam kat sekolah taw, tapi exam kat unibersiti.

Cerita dia, bukan nak cakap soalan exam unibersiti nie susah...
tapi, yang susahnya ialah nama mata pelajaran nie.
Susah nak sebut!

Maksud aku bukan susah nak sebut sampai berbelit lidah,
tapi susah nak sebut bile umi aku tanya.

Zaman sekolah:

Umi: Esok exam apa?

Me: Esok BM dengan Sejarah.

Hah!
kan senang nak sebut tu.
Lidah pun smooth jer time menyebutnya.
Tapi yang sadis bila....

Zaman universiti:

Umi: Esok exam apa?

Me: Errr...*garu kepala* esok...esok exam....

Umi: Aik, tak tau nak exam paper apa ke?

Me: Bukan....esok exam Western Methodologies of Comparative Religion.

Umi: Hah? Western food? Sejak bile plak amik kos makanan nie?

Me: *dalam hati* Umi~~~ umi~~~ nama makanan juga disebutnya.

Maka, perbualan yang sepatutnya 5 minit jadi 15 minit 
sebab jenuh nak terangkan pasal subjek tersebut.
Tapi, kekadang...bile aku malas nak sebut nama subjek
 yang panjang hampir pembaris kuning tu, 
contohnya Mabadi' Al-Ta'amul Ma'a Al-Sunnah:Principles of Dealing With Sunnah.... 
so,aku just sebut short form bagi subjek tu sahaja.

Me: Esok exam Rasok.

Umi: Rasuk? Rasuk hantu ker? Kamu belajar apa nie? 
Rasuk rasuk plak nie?

Me: -________________-' Bukan rasuk hantu lah umi, 
tapi Revelation As A Source Of Knowledge.

Oh ya, bukan aku pepandai jer letak short form tu, 
tapi ianya telah direka oleh senior-senior.
Sebab aku junior, maka aku ikutlah apa yang senior aku sebut.

Itu baru satu subjek...
kalau beratus-ratus subjek lain, tak ke beratus-ratus jugak
short form yang akan terbina???
Hahaha XD

Contoh lain, aku ngan member aku!

Me: Pagi esok, awak paper apa?

Member: Unggas...

Me: Unggas??? Serangga? Binatang apa tu?

Member: Bukan serangga atau binatanglah...
short form kepada Islam, Knowledge & Civilization.    

Me: Habes...nape panggil unggas? Macam tak de kaitan pun ngan unggas tu.

Member: Sebenarnya kod subjek nie, UNGS...takkan nak sebut satu-satu... 
U-N-G-S plak.Orang kata lembut lidah, so kite sebut unggas.

Me: -_____________-'


Okay bye!
Nak study.
Esok exam Rasok!
Hahaha XD


وسلام