Let me be me!
Edited  by Yura
Basecode : Afiqah Junizan
Owner : Big Boss(imannuraddin)
ABOUT POST LOVE HISTORY
Soalan spot???

السلام عليكم



Oleh kerana sekarang nie musim exam kat my university...
so, entry pun banyak citer pasal exam lah.
Hehehe :)

Maka, terpulang lah kat korang even nak baca ke tak?hewhewhew
Okay... tajuk aku kali nie pasal soalan spot!
Aku taw korang mesti taw kan apa itu soalan spot.
Kalau ade jugak yang tak taw...maknanye dia bukan pelajar lah.
Mohon jangan terasa. :P

Pelajar bile tibe musim exam tak sah kalau tak lari dari soalan spot kan?
Bukan kat sekolah jer yang famous tahap kefamousan famous amous tu,
pelajar universiti pun sama jugak!

Aku ingatkan, bile masuk u nie...
soalan-soalan spot nie tak wujud dah,
maklumlah....orang-orang tua cakap sape yang dapat masuk u,dia budak bijak.
Budak bijak kan tak maen soalan-soalan spot bagai nie,
bukan macam aku....bile time exam tibe, mengharapkan kepada soalan spot jer.
Tapi setakat ni, semua pengharapan aku berbaloi lagi.
Tak de lagilah yang sampai keluar dewan, tu terus tertonggeng-tonggeng 
sebab ke-frust-an yang menggunung tinggi Everest!

Bagi aku lah kan...ini pendapat aku lah,
aku rasa soalan spot nie penting jugak sebenarnya.
Tapi janganlah sampai terlalu mengharap kepada soalan spot jer.
Kan nanti kalau keluar tajuk yang tak dispot, acaner tu?
Jawabnya, lukis petalah korang masa time exam.

Pastu plak, nak pilih soalan spot pun agak-agaklah.
Ni tak, amek soalan ngan yang tak pernah full datang class,
carry mark pun dah fail.
Adoyai~~~~ bukan aku tak bagi korang percaya, 
mungkin dia pun dapat dari kawannya yang dean list kan?
Tapi seelok-eloknya, aku sarankan...
baik korang tanya ngan ustazah atau ustaz korang sendiri.
Mungkin, diorang tak kan bagitaw sepenuhnya...
tapi mungkin jugak diorang akan bagi hint-hint yang penting kan? 
So, tepuk dada tanya ustazah & ustaz!

Kalau aku, aku lebih percaya kan dengan cakap ustazah & ustaz aku.
Sebab diorang yang buat soalan, takkanlah diorang sampai 
sanggup nak tipu anak muridnya sendiri kan?
Mesti diorang akan bagi jugak hint-hint yang hot gitew....


Aku cakap nie based on my pengalaman.
Aku pernah rasa. Pernah alami. 


Meh sini aku nak citer sikit....
kisah nie berlaku mase semester lepas.
Masih terakam indah dilubuk minda oblongata ini.
Fresh dan sesegar susu lembu.
-_____________-"

Mase nie, aku nak exam paper Bahasa Melayu Komunikasi & Kerjaya.
Senang cakap paper BM lah!
So, aku dapatlah soalan spot nie dari kawan aku yang bukan sekelas ngan aku.
Katanya, dia dapat dari pensyarahnya.
Tapi, lecturernya tak cakap itu soalan spot, cuma dia buat soalan tu sebagai ulang kaji.
Seee~~~ nampak tak taktik lecturer kat situ!
Ye lah...tak kan nak cakap:
"Okay murid-murid, nie soalan spot yang dijangka akan keluar exam nanti."
-__________________-"

Sebab kami berlainan lecturer, maka aku yang baik hati teramat sangat ni...
bagitahu kat member sekelas.
Aku pun tak cakap itu soalan spot, aku cuma cakap yang aku dapat 
soalan nie dari kawan aku yang dapat dari lecturer nya.
So...adalah kawan aku yang amek.
Tapi ada sorang minah nie....
mak oiii~~~~ kerek tahap nak mati k!

Taw tak dia cakap apa....
"Ish soalan ni buat apa?Tajuknya macam sama dengan sem lepas punyer jer!"
"Awak tak tengok soalan-soalan sem lepas ker?"
"Tajuk ni dah keluar, sem ni dah tak keluarlah!"

Aku senyap jer.
Kalau kau tak nak, senyap.
Tak payah banyak bunyi macam burung kakak tua.
Pedas tau tak mendengarnya.
Memang menahan sabar jer masa tu.

Setelah ditunggu-tunggu, exam pun tibe.
Suprisingly, soalan exam yang keluar mase tu sebijik sama dengan
soalan "ulang-kaji" yang aku dapat dari member aku tu.
Nak dijadikan cerita....minah kerek tu, betul-betul duk belakang aku.
Masa aku tengok soalan tu memula, nak jer aku toleh kat belakang.
Nak senyum lebar-lebar...seluas padang bola!
Tapi....aku kan baik hati!
So, aku senyum sensorang jer.
Dalam hati nie sempat lah jugak mengutuk.
*kata baik hati?--'*
Astaghfirullah....
Semoga Allah mengampun dosa aku itu!
Huhu

Hampir 2 jam jawab soalan...mase soalan sedang dikutip oleh 
orang jaga exam, aku toleh belakang.
Kekonon nak tanya minah tu...
"camne soalan?boleh jawab?"

Tapi kan....masa aku toleh belakang, minah tu dah tak de.
Mak oihhh~~~ cepat benar keluarnya.
Mungkin soalan senang sangat kot, tu pasal dia keluar awal.
Hehehe :P

"Eh, minah tu dah keluar rupanya!"

Kesimpulannya,
pepandai korang lah untuk menyimpulnya.
Jari aku dah penat nak menaip!


وسلام